Minggu, 2008 Maret 16

Acuan Islam



(photo:jundumay.blogdrive.com)


Assalammualaikum wbt...

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dgn izinNya sy masih lagi di sini, dan dgn izinNya masih ada lagi secebis kekuatan mengarang untuk satu tujuan, iaitulah bagi memperolehi keredhaan Allah swt..Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad saw, dgn perjuangan dan kasih sayang baginda saw, maka terpasaklah Islam di atas muka bumi sehingga ke saat ini..

Merenung sahaja gambar-gambar di atas, dapat kita simpulkan, di sinilah kekuatan politik PAS sebenarnya yang menganjurkan keikhlasan perjuangan dalam menuntut kebenaran dalam Islam sehingga membawa kepada tsunami ploitik di negara kita..Perjuangan Tok Guru bukanlah melalui sogokan wang/material bagi memancing kesetiaan rakyat, tapi hanya melalui sikap dan peribadi beliau yang sederhana yang dapat di lihat melalui akhlak, penampilannya hingga kepada cara hidup beliau yang menunjukkan ciri-ciri Islam sejati..Di tambah pula dengan doa yang tidak putus-putus untuk kejayaan perjuangan Islam.

Keseluruhan pemikiran politik yang diteraskan kepada materialisme yang melahirkan fahaman sekular adalah diasaskan ahli-ahli politik Barat, diasaskan kepada akal dan menolak wahyu sebagai alat berpolitik.Islam adalah agama yang secara tabi'enya sesuai dengan tabiat di dunia dan penghidupan manusia bagi menjamin kebahagiaan di akhirat kerana di dalamnya merangkumi segala aspek kehidupan

Firman Allah (mafhumnya): "Maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikutmu wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh daripada kesesatan (mengikut agama Allah), iaitu agama yang Allah ciptakan manusia (dalam keadaan semula jadinya) untuk menerimanya; tidak patut ada sebarang perubahan kepada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (Surah ar-Rum, ayat 30)


Ini memberi isyarat bahawa agama Islam amat sesuai dengan fitrah manusia. Hukum-hukumnya rasional, mudah diterima akal dan rasional. Jadi di sinilah perlunya agama dalam politik bagi membawa satu bentuk politik yang telus dan ikhlas dalam membentuk satu sistem pentadbiran yang tunduk kepada segala perintah Allah swt.Bukanlah pentadbiran yang hanya memacukan kemajuan tetapi tidak tunduk dan takut kepada Allah swt. Islam tidak tolak kemajuan, malah Islam menganjurkan kemajuan, akan tetapi kemajuan mestilah dalam bentuk yang tidak kucar-kacir sepertimana yang dibawa oleh orientalis barat.Kemajuan dalam konsep Islam bukan saja diolah daripada materialisme tapi melalui pembentukan ketamadunan sesebuah bangsa.

Jadi, tidak kiralah dalam apa jua bentuk parti politik di negera ini khususnya, biarlah ianya menjurus kepada pentadbiran sepertimana yang dianjurkan Islam.PAS hanya satu bentuk jalan yang menganjurkan pentadbiran Islam, dan jika UMNO sendiri membawa wadah perjuangan yang sama,maka sama-samalah kita menyokong mereka.Moga tsunami politik baru ini dapat membawa perubahan dalam parti memerintah terutamanya dari segi ketelusan dan tidak menipu rakyat, dan perjuangan yang tidak mempergunakan Islam untuk menutup sebarang kejahatan yang telah dibuat.Jadikanlah perjuangan bersama Islam ini bagi menuntut keadilan dan kesaksamaan. Bangsa lain tidak perlu takut kerana pentadbiran beracuankan Islam tidak pernah menindas mana-mana pihak dan tidak mengancam kebebasan beragama bagi bangsa yang berpahaman agama berlainan.

Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku. (QS 109:6)

"WAHAI Tuhan Kami, berilah kami perasaan takut kepadaMu yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan dan berilah kami ketaatan kepadaMu yang menyampaikan kami ke syurgaMu, dan berilah dan berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia."

Ya Allah, Jadikanlah Negeri Kami Negeri Beragama Tempat Istirehat Orang-Orang Miskin Dan Memerlukan.

Wallahhu ta'ala a'lam

-zulkiflee-
Copyright © [ zulkifleehussain.blogspot.com ]

0 komentar: